POS BLAU, GUA MUSANG - Sekolah Kebangsaan Blau menempa sejarah apabila menganjurkan Jamuan 1 Kampung sempena Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-4 pada 19 Mac 2012. Majlis jamuan berlangsung pada jam 8.00 malam.
Sebelum itu, warga sekolah telah mengadakan gotong-royong menyiapkan makanan dan minuman kepada seluruh penduduk kampung. Acara memotong daging dan tulang lembu sama-sama dilakukan oleh warga sekolah dengan meriahnya.
Pada malamnya, Jamuan 1 Kampung diadakan tepat jam 8.00 malam. Para penduduk kampung beramai-ramai hadir menikmati jamuan tersebut. Dif jemputan pada majlis tersebut ialah Encik Mohamad Zahari Bin Othman, Pegawai PPD Daerah Gua Musang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Menurut beliau, majlis seumpama ini jarang dilakukan namun SK Blau mempunyai alternatif untuk melaksanakannya. Program sebegini menurut beliau dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat laksanakan program tersebut dengan jayanya.