Tuesday, 27 March 2012

MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH


Gambar Aktiviti Sambutan Minggu Antidadah
Peringkat Sekolah Sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2012
Update : 1 April 2012












Friday, 23 March 2012

JAMUAN 1 KAMPUNG

POS BLAU, GUA MUSANG - Sekolah Kebangsaan Blau menempa sejarah apabila menganjurkan Jamuan 1 Kampung sempena Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-4 pada 19 Mac 2012. Majlis jamuan berlangsung pada jam 8.00 malam.
          Sebelum itu, warga sekolah telah mengadakan gotong-royong menyiapkan makanan dan minuman kepada seluruh penduduk kampung. Acara memotong daging dan tulang lembu sama-sama dilakukan oleh warga sekolah dengan meriahnya.




          Pada malamnya, Jamuan 1 Kampung diadakan tepat jam 8.00 malam. Para penduduk kampung beramai-ramai hadir menikmati jamuan tersebut. Dif jemputan pada majlis tersebut ialah Encik Mohamad Zahari Bin Othman, Pegawai PPD Daerah Gua Musang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Menurut beliau, majlis seumpama ini jarang dilakukan namun SK Blau mempunyai alternatif untuk melaksanakannya. Program sebegini menurut beliau dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat laksanakan program tersebut dengan jayanya.
 

Thursday, 12 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Pihak sekolah mengucapkan selamat tahun baru 2012 dan selamat datang ke sekolah. Dengan kedatangan tahun baru ini diharap dapat menyuntik semangat semua murid, para guru serta kakitangan sekolah untuk meneruskan agenda pendidikan negara ini.
          Pihak sekolah juga telah membuat persediaan awal untuk menghadapi musim baru persekolahan ini. Selain itu, pihak sekolah telah menyediakan peralatan dan kelengkapan persekolahan kepada semua murid. Semoga perjalanan sesi persekolahan pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.